Tone WOW

Berita Terkini!! Penjelasan terperinci mengenai Akaun Utama dan Akaun Sekunder TONE WOW

April 17, 2019

17 Apr 2019

Kami menerima banyak pertanyaan daripada Ahli TONE WOW yang mempunyai DUA (2) Akaun Prabayar, Akaun Prabayar DIGI dan Akaun Prabayar TUNE TALK.
Yang mana Akaun Utama anda dan akaun mana yang anda perlu Tambah Nilai?
Untuk membantu anda memahami perkara tersebut, penjelasan ringkas adalah seperti berikut:

  1. Ahli TONE EXCEL yang telah melakukan HIWOW akan menjadi Ahli TONE WOW EXCEL dan TIDAK LAGI Ahli TONE EXCEL, sama juga untuk Ahli TONE PLUS yang telah melakukan HIWOW akan menjadi Ahli TONE WOW PLUS dan TIDAK LAGI Ahli TONE PLUS. (TONE WOW EXCEL dan TONE WOW PLUS, secara kolektif dirujuk sebagai TONE WOW).
  2. Akaun Prabayar DIGI adalah AKAUN UTAMA dan Akaun Prabayar Tune Talk adalah AKAUN Sekunder untuk Ahli=Ahli TONE WOW.
  3. Berkuatkuasa 1hb Mei 2019, Ahli TONE WOW MESTI memenuhi Keperluan Tambah Nilai Bulanan Minima didalam Akaun Prabayar DIGI (Akaun Utama). Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan insentif anda dilupuskan.
  4. Sekiranya Akaun Prabayar DIGI (Akaun Utama) anda dilupuskan, Keahlian TONE WOW anda akan lupus. Anda tidak lagi Ahli TONE WOW. Oleh itu, kesemua manfaat keahlian dan insentif akan dilupuskan.
  5. Ahli TONE WOW akan menikmati Insentif Perkongsian Pendapatan dari kedua-dua Akaun Utama (DIGI) dan Akaun Sekunder (TUNE TALK) apabila ahli tajaan mereka tambah nilai didalam kedua-dua akaun tersebut.

Sila rujuk kepada lampiran untuk penjelasan terperinci mengenai Akaun Utama dan Akaun Sekunder TONE WOW. Pengertian anda mengenai hal ini sangat penting untuk memastikan keahlian TONE WOW anda tetap aktif dan anda terus menerima insentif anda.

Detail KLIK SINI

Please follow and like us:

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

Social Share Buttons and Icons powered by Ultimatelysocial