Media

Celcom, DiGi bergabung jadi syarikat telekom terbesar Malaysia

May 9, 2019
Celcom, DiGi bergabung jadi syarikat telekom terbesar Malaysia

Gabungan kedua-dua syarikat telekomunikasi itu akan menghasilkan pendapatan bersama (combined revenue) sebanyak RM50 bilion.

KUALA LUMPUR: Celcom dan Digi akan menjadi syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia dalam tahun 2019, berikutan Axiata Group Berhad dan Telenor ASA mengumumkan bahawa mereka akan bergabung.

Gabungan ini akan memberikan impak besar terhadap pasaran Asia Tenggara dan Asia Selatan untuk kedua-dua syarikat berkenaan.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Axiata berkata kedua-dua pihak akan berusaha untuk memuktamadkan perjanjian dalam tempoh suku ketiga 2019, yang bakal menyaksikan Telenor menjadi pemegang saham majoriti dengan jangkaan 56.5 peratus pemilikan manakala 43.5 peratus oleh Axiata.

Gabungan kedua-dua syarikat telekomunikasi itu akan menghasilkan pendapatan bersama (combined revenue) sebanyak RM50 bilion, sementara keuntungan sebelum cukai (EBITDA) yang bakal diraih adalah sebanyak RM20 bilion.

Penggabungan itu dijangka selesai pada suku keempat tahun ini, sementara proses untuk mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa, termasuk Bursa Malaysia sedang dijalankan.

http://www.astroawani.com

Please follow and like us:

You Might Also Like

2 Comments

  • Reply Mohammad firdaus hidayat bin abdullah May 16, 2019 at 12:29 am

    Saya nak jadi jutawan….saya nie baru masuk islam tak tau apa apa…..cita cita nak jadi seorang yang hebat dan jutawan….mohon bantu…..Tuan….sekian terima kasih……harap maklum saya diterima kan
    Sekian terima kasih

    • Admin
      Reply Admin May 16, 2019 at 11:11 am

      Bagus cita-cita anda tuan… dan Alhamdulillah terima hidayah dari Allah..kembali kepada agama yang benar.. untuk merialisasikan cita-cita tuan saya memperkenalkan satu program yang anda boleh jadi orang hebat..terbukti dengan program ini.. dah ramai berjaya…

      anda baca website milik saya ini https://jutawan2step.com/info/1383128

      semoga cita2 tuan menjadi kenyataan.

      Terima kasih..
      admin

    Leave a Reply

    Social Share Buttons and Icons powered by Ultimatelysocial