Belajar

Formula utama atau sikap yang saya pilih dan membantu saya mendapat komisyen ratusan ribu ringgit di dalam bisnes simkad

May 17, 2019

Artikel Bahagian 2.

Antara formula utama atau sikap yang saya pilih dan membantu saya mendapat komisyen ratusan ribu ringgit di dalam bisnes simkad ini.

Diantaranya:

2. Buat hanya yang terbaik.

Dulu, dalam tempat kerja saya hanya buat yang terbaik sahaja. Dalam pelajaran, saya hanya buat yang terbaik sahaja. Dalam bisnes pun sama, saya hanya buat yang terbaik sahaja.

Dalam tempat kerja, saya buat yang terbaik sahaja.
Apakah perkara yang terbaik semasa saya bekerja dahulu?
Saya meletakkan target untuk menjadi pekerja yang terbaik.

Apabila saya meletakkan sesuatu target, contohnya “ingin menjadi pekerja yang terbaik”, semua perkara yang memberi sumbangan kepada target tersebut, adalah yang TERBAIK, jika ia tidak memberi sumbangan kepada target tersebut, ia hanyalah perkara yang ‘BAIK-BAIK’ sahaja dan saya tidak akan melakukannya.

Saya berpegang kepada pepatah, MUSUH kepada yang TERBAIK, adalah perkara yang ‘BAIK-BAIK’.

Bagaimana menjadi pekerja yang terbaik?
Saya mestilah menjadi seorang yang amat disenangi oleh bos.
Setiap kerja yang ditugaskan kepada saya, akan saya siapkan sebaik mungkin, walaupun kadang2 kerja yang diberikan kepada saya amat bertentangan dengan pendapat saya. Saya tetap tersenyum dan menyiapkan pada tahap terbaik saya.

Saya seorang yang kuat bodek, tetapi saya jarang bodek dengan kata-kata, tetapi saya bodek dengan kerja kuat dan sangat komited dengan tugasan yang diberikan.

Saya pernah tak balik rumah beberapa hari hanya kerana nak menyiapkan tugasan yang urgent yang diberikan oleh bos.

Saya adalah Yes man kepada bos. Tetapi setiap tugasan yang saya kata yes utk disiapkan, saya akan jaga janji tersebut dengan khudrat dan nyawa yang saya ada, demi menyiapkan tugasan itu. Saya berusaha menjadi seorang yang Walk The Talk. Saya akan berulang2 kali menjaga setiap persetujuan saya, sehingga sampai satu tahap, bos saya akan bersembang dengan orang lain sambil bercerita tentang saya dengan katanya “Kalau Mazelan kata boleh siap, you can count on it 100%”. Untuk mencapai tahap tersebut, saya perlu menjaga beratus malah beribu tugasan yang saya katakan Yes, dan dalam masa yang sama saya kena pastikan jangan ada satu Yes pun yang terjatuh.

Setiap tugasan yang diberikan oleh bos, saya akan siapkan sehingga tahap yang saya fikir akan mengkagumkan bos saya. (Impress)

Untuk menjadi pekerja yang terbaik, saya sering mempelajari dan menguasai ilmu yang penting dan diperlukan oleh saya dan bos.

Saya masih teringat dulu, buku tentang programing menggunakan Microsoft Excel yang tebalnya dekat dua inci setengah, habis saya belajar dan mengkajinya. Menyebabkan saya menjadi seorang yang sangat expert dalam excel, menjadi rujukan executive dari department lain semata2 untuk belajar dengan saya tentang programing excel, dan menjadi kebanggaan bos saya ketika itu.

Satu perkara lagi, jika saya ada pendapat yang berbeza dengan bos saya, saya pastikan yang saya dapat menyuarakan pendapat saya itu dengan cara yang sangat berhemah.

Contohnya, pernah sekali bos saya datang memberikan satu tugasan yang urgent kepada saya, tetapi ketika itu saya sudah ada hampir 10 tugasan yang semuanya urgent juga.

Bila bos datang bagi kerja tersebut dan dia kata urgent pula, saya pun macam biasa menjawab “Baik Bos, saya akan siapkan seperti yang bos mahukan”.

Dalam masa yang sama, dibelakang saya ada satu white board yang menyenaraikan kesemua tugasan yang diberikan sebelum ini. Saya pun cakap “Bos, ada mana2 tugasan yang saya boleh tunda sedikit due date dia untuk saya masukkan tugasan baru ni boss?”

Bos saya termenung sementar melihat white board dibelakang saya. Dia lihat hampir 10 perkara urgent depan mata dia, dan yang 10 tu pun dia yang bagi kerja tersebut. Tiba2 dia berkata, tak apa lah Mazelan, saya berikan kerja ni pada orang lain lah. Kerja yang sedia ada tu kamu teruskan saje. Kerja tu kalau tak siap, mati saya.

He he he, saya berjaya menolak suatu kerja dengan sangat berhemah. Bagi saya itu adalah perkara terbaik yang perlu saya lakukan.

Hasilnya, dalam tempoh 5 tahun bekerja, saya dinaikkan pangkat beberapa kali, sehingga satu tahap semua department report kepada saya. Dan yang lebih menariknya, pernah terjadi, bos saya dulu, terbalik kongkang, dia pula report dekat saya.

—————————-

Dalam pelajaran, saya letakkan target untuk menjadi pelajar terbaik mathematik. Dulu2 dipanggil ilmu kira-kira, lepas tu tukar kepada Ilmu Hisab, lepas tu tukar jadi Mathematik. Masa tingkatan 4 ada pulak Mathematik Moden dan Mathematik Tambahan. (Add Math).

Jadi saya hanya tumpukan perkara yang boleh mencapai target tersebut.

Apabila saya meletakkan target, “ingin menjadi pelajar terbaik mathematik”, semua perkara yang memberi sumbangan kepada target tersebut, adalah yang TERBAIK, jika ia tidak memberi sumbangan kepada target tersebut, ia hanyalah perkara yang ‘BAIK-BAIK’ sahaja dan saya tidak akan melakukannya.

Adakah belajar bersungguh2 mata pelajaran mathematik, fizik saya boleh mencapai target saya, jika jawapannya Ya, saya akan tumpukan 200%.

Adakah belajar bersungguh2 mata pelajaran Geografi (Ilmu Alam ketika itu), Biology contohnya, saya boleh mencapai target saya, jika jawapannya TIDAK, saya akan tinggalkan 100%. Biar keputusan peperiksaan mata pelajaran tersebut saya dapat 0% pun saya tak peduli. Sebab memang saya tak belajar, tak sentuh langsung.

Sebab bagi saya, MUSUH kepada yang TERBAIK, adalah perkara yang ‘BAIK-BAIK’.

Saya hanya fokus mata pelajaran yang khusus atau ada berkaitan Mathematik sahaja. Yang tiada kaitan saya 100% tinggalkan.

Hasilnya, daripada sekolah rendah, sampai sekolah menengah, sampai universiti saya selalu menjadi best student-pelajar terbaik Mathematik. Macam2 anugerah saya dapat dulu.

Mungkin ada dalam group ini yang pernah menjadi rakan sekelas saya dahulu, mungkin disekolah rendah, menengah atau universiti, sahabat2 boleh sahkan cerita saya ini.

——————-

Sama seperti didalam bisnes Tonewow ini, saya ini memaksimakan komisyen saya ketahap yang paling tinggi yang saya mampu.

Saya letak target, untuk mencapai komisyen yang maksima, saya hanya perlu buat kerja yang mungkin menambahkan pelanggan baru saya iaini Level-1 saya sahaja.

Adakah dengan promote selalu di FB boleh menambahkan Level-1 saya? Jika jawapannya adalah YA, saya akan selalu promote di FB dengan konsisten.

Adakah dengan belajar buat video akan tambah Level-1 saya? Jika jawapannya adalah YA, saya belajar sampai pandai cara buat video dan sering mengup-load video di youtube dan fb.

Adakah dengan buat buku akan tambah Level-1 saya? Jika jawapannya adalah YA, saya akan buat buku saya sendiri.

Adakah dengan belajar lebih mendalam ilmu marketing boleh menambahkan Level-1 saya? Jika jawapannya adalah YA, saya akan belajar bersungguh2 bab tersebut.

Adakah dengan pergi ke HQ dengan preview setiap minggu akan tambah Level-1 saya? Jika jawapannya TIDAK, maka ia termasuk perkara yang BAIK-BAIK, dan saya tidak buat perkara yang BAIK-BAIK. Sebab itu anda sangat jarang lihat muka saya di HQ waktu preview. Sesekali aje saya datang, itu pun pasal bos ajak saya datang. Saya mana pernah cakap TIDAK pada bos.

Adakah dengan meluangkan masa mendidik rangkaian saya, seperti buat kelas mengajar itu dan ini, akan menambahkan Level-1 saya? Jika jawapannya TIDAK, maka ia termasuk perkara yang BAIK-BAIK, dan saya tidak buat perkara yang BAIK-BAIK. Sebab itu saya tak buat apa2 kelas mengajar rangkaian saya.

Adakah dengan meluangkan masa menjawab semua soalan rangkaian saya didalam group mana2 group wasap/telegram tertentu, akan menambahkan Level-1 saya? Jika jawapannya TIDAK, maka ia termasuk perkara yang BAIK-BAIK, dan saya tidak buat perkara yang BAIK-BAIK. Sebab itu saya tidak pernah luangkan banyak masa untuk menjawab2 soalan daripada rangkaian saya, waima Level-1 saya sekali pun.

Setiap aktiviti yang saya rancang untuk bisnes tonewow ini, sebelum saya mulakan, sebelum saya laburkan masa saya yang pasti akan hilang dan tidak dapat diganti semula, saya akan tanya samada aktiviti itu untuk menambahkan level-1 saya atau tidak, Jika jawapannya TIDAK, maka ia termasuk perkara yang BAIK-BAIK, dan saya tidak buat perkara yang BAIK-BAIK.

Bila ‘masa’ yang diberikan oleh Tuhan kepada saya habis digunakan untuk melakukan perkara yang BAIK-BAIK, maka saya sudah tiada masa lagi untuk melakukan perkara yang TERBAIK.

Jika saya hanya buat perkara yang BAIK-BAIK saje, maka saya dapatlah komisyen dalam tonewow ini pada tahap yang baik-baik juga.

Jika saya hanya buat perkara yang TERBAIK saje, maka dapatlah saya komisyen dalam tonewow ini pada tahap yang TERBAIK juga.

Hasilnya, sudah masuk tahun 9 saya buat bisnes simkad ini, 2 tahun saya menerima komisyen 4 angka setiap bulan, 1 tahun saya menerima komisyen 5 angka setiap bulan, 6 tahun saya menerima komisyen 6 angka setiap bulan.

Jadi anda tanya pada diri anda sendiri, dimanakah tahap komisyen anda didalam bisnes simkad ini, kalau anda rasa komisyen anda hanya pada tahap baik-baik saje, maknanya selama ini anda hanya melakukan perkara yang baik-baik juga.

Jika saya rasa komisyen saya ditahap yang TERUK, maknanya selama ini, saya mungkin rajin bekerja (hard working) tetapi perkara yang saya lakukan, bukanlah perkara yang BAIK-BAIK, tetapi sudah boleh dikatogerikan perkara yang TERUK. Saya betul2 buat perkara yang tidak berfaedah dan merugikan masa saya.

Malangnya, ramai yang berfikir perkara yang mereka lakukan adalah perkara yang BAIK atau TERBAIK, tetapi disebabkan keputusan peperiksaan mereka gagal dengan teruknya, kita sebagai guru kelas nak beritahu, samada dia seorang yang PEMALAS atau buat kerja yang tak ada faedah langsung.

Sebab itu jika anda perhatikan betul2, ada orang yang sangat rajin bekerja, banyak tenaga dan keringat yang dikeluarkan, contohnya pekerja buruh kasar yang membuat bangunan, tapi pendapatan mereka tidak sama dengan seorang doktor pakar. Daripada segi kerja kuat, banyak tenaga digunakan, mereka ini jauh melebihi seorang doktor pakar.

Oleh itu, lagi sekali saya ingatkan diri saya,
Untuk jadi yang TERBAIK, hanya lakukan perkara yang TERBAIK sahaja.
Untuk jadi yang BAIK-BAIK, hanya lakukan perkara yang BAIK-BAIK sahaja.
Untuk jadi yang TERUK, hanya lakukan perkara yang TERUK sahaja.

MUSUH kepada yang TERBAIK, adalah perkara yang ‘BAIK-BAIK’. 
PEMUSNAH kepada yang TERBAIK, adalah perkara yang TERUK.

Terima Kasih.
Mazelan Abas.

Jika ada sesiapa nak cuba2 buat bisnes tanpa modal atau modal yang kecil, resiko pun kecil, tapi tak tahu nak buat bisnes apa ketika ini, saya cadangkan buatlah bisnes tonewow bersama-sama saya.  KLIK SINI

Please follow and like us:

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

Social Share Buttons and Icons powered by Ultimatelysocial