Mazelan Abas

CERPEN MINGGU INI: Mencari Kunci Rumah ku.

October 11, 2019

Nukilan: Mazelan Abas

Saya mula menjalankan bisnes tonewow ini pada bulan january 2018. Saya bermula dengan simkad Lite Bernombor yang berharga RM10. Malah saya memberikan percuma kepada rangkaian saya kepada sesiapa yg ingin mengedarkan simkad ini sehingga 12,000 keping. Maknanya sebanyak 12,000 pengguna baru dapat didaftarkan. Tujuan projek ini adalah untuk menaikkan komisyen rangkaian saya. Projek ini berjalan lebih kurang 5 bulan dan saya mengeluarkan modal hampir RM100,000 utk melaksanakan projek ini.

Tetapi selepas 5 bulan tersebut, hasilnya rata-rata agen dalam rangkaian saya, komisyen mereka tidak naik seperti yang saya harapkan. Sedangkan mereka membuat pendaftaran yang tinggi. Mereka bekerja sangat kuat utk mempromosikan simkad ini.

Ini menyebabkan saya sendiri rasa frust. Tak tahu apa puncanya. Pendaftaran tinggi, tapi komisyen tak naik2, malah ramai agen yg komisyen mereka semakin turun dan turun.

Akibatnya ramai yg give up. Ramai yg berhenti buat promosi. Ada yg berpindah ke program lain, ada yg tak buat terus.

Saya pun berhenti seketika dan cuba mengkaji puncanya.

Saya minta bantuan HQ utk dapatkan data tentang 12,000 orang yg telah kami daftarkan !

Binggo! Data yg saya perolehi 10,800 simkad ini telah expired. Hanya tinggal 1,200 yang masih digunakan. Dan daripada situ pun, lebih kurang 500 yang pending expired.

Huh ! Patut komisyen rangkaian saya tak mau naik2. Komisyen mereka tak naik, maknanya komisyen saya juga tak naik. Kalau komisyen mereka turun, maknanya komisyen saya juga turun.

Saya fikir untuk menyelesaikan masalah ini, saya stop bagi percuma simkad Lite Bernombor, saya akan mulakan dengan simkad lite MNP (RM10) iaitu simkad khas untuk kekal nombor lama sahaja. Kalau pengguna kekal nombor lama, tak kan mudah2 mereka nak expiredkan simkad mereka.

Saya mulakan operasi mempromosikan simkad Lite MNP bulan 6 (Jun 2019). Saya siapkan beberapa ribu keping untuk saya berikan percuma kepada agen2 saya yang masih belum give-up untuk menaikkan komisyen mereka.

Waktu itu ada lebih kurang 200 orang lagi agen yang sanggup mencuba sebarkan simkad Lite MNP ini. Tak apa, saya tetap bagi percuma pada agen saya yg sanggup nak buat.

2 bulan kami mencuba sebarkan simkad Lite MNP hingga bulan July 2019. Nak tahu apa yang jadi?

Dalam tempoh 2 bulan tu, 201 orang agen rangkaian saya, yg satu tu termasuk dengan saya sekali la, berusaha menyebarkan Lite MNP, tapi kami hanya boleh daftarkan lebih kurang 127 orang sahaja.

Dan komisyen mereka semakin menurun untuk 2 bulan tersebut.

Saya mati akal sebenarnya. Terdesak nak menahan daripada komsiyen rangkaian saya semakin menurun dan menurun. Kalau dulu komisyen mereka RM2,000, kalau setiap bulan bulan menurun, agak2 tinggal berapa sekarang. Kalau dulu komisyen mereka RM1,000, kalau setiap bulan menurun, agak tinggal berapa sekarang.

Saya kurang sikit risaunya, kalau dulu komisyen saya RM350,000 setiap bulan, kalau setiap bulan menurun sikit, agak2 berapa tinggal sekarang. Saya nak beritahu, masih lagi 6 angka sekarang ni. Dan saya kurang la risau sikit, sebab saya tiada hutang kereta, walaupun saya ada kereta lama. Saya tiada hutang rumah, walau pun saya ada rumah lama. Saya tiada hutang dengan mana2 bank di malaysia ini, walau pun saya ada beberapa bank akaun yg ada sikit duit didalamnya. Saya tiada hutang duit dengan mana2 manusia yang hidup hari ini, walau pun bukan saya sorang yg hidup dihari ini. Sebab saya amalkan hidup seadanya, kalau nak beli sesuatu, kalau ada duit saya beli cash, kalau tak ada duit, duduk diam2 dulu, kumpul dulu sampai cukup. Kalau tak cukup, tak payah beli.

Tapi agen2 saya, semua mereka masih banyak lagi komitment yg perlu diselesaikan setiap bulan. Kalau komisyen mereka semakin menurun, sedangkan mereka kuat bekerja, mereka kuat buat promosi, mereka ikut cakap saya, saya cadangkan promote Lite Bernombor, saya keluarkan modal simkad, mereka buat, saya cadangkan promote lite MNP, saya keluarkan modal, mereka buat. Mereka buat sungguh2, tapi komisyen mereka tetap tak naik.

Memang saya mati akai. Cuma yang saya tahu, saya tak boleh berhenti mencuba. Saya kena cari cara lain pula. Kalau saya berhenti sekerat jalan, apa lagi harapan yg tinggal utk saya dan utk mereka.

Kali ini, saya kena study lebih sikit. Saya kena cari data lebih sikit, supaya tindakkan saya selepas ini lebih berkesan lagi.

Saya minta tolong HQ dapatkan lebih data lagi.

Binggo !! Dari 12,000 simkad Lite Bernombor yg saya daftarkan dulu, 100% didaftarkan oleh 27 orang sahaja, semua orang lama. Aik, mana orang baru? Sedangkan saya bagi free simkad ini juga kepada orang baru utk disebarkan.

Rupanya, ceritanya macam ni, orang yang baru masuk ni, semuanya semangat berkobar2 nak menaja sebab kita kata bisnes ni sangat mudah utk buat duit. Mereka pun terus nak suruh anak bini pakai simkad tonewow ini. Kita pun kata, nak daftar orang baru gunakan MyWOW app.

Kita pun ajar dia cara nak guna app mywow.

Mula2 ajar dia install dulu, dia kata tak boleh. Tengok2 dia guna iphone kita guna android. Kita pun betulkan.

Lepas tu kita ajar dia masukkan no. IC. Dia kata tak boleh. Tengok2 dia masukkan dash dekat IC. Kita pun betulkan.

Kita pun suruh dia masukkan password 1234. Dia kata tak boleh. Tengok2 dia kata pernah ada akaun toneexcel dulu. Kita pun betulkan.

Kita pun suruh dia klik dekat forget password utk dapatkan OTP, dia pun tanya menatang apa OTP tu?

Kita pun kata, OTP tu one time password yg dihantar ke no yg lama tu. Dia baru teringat yang nombor lama tu anak dia kat asrama yang pakai.

Kita pun tolong requestkan OTP dan suruh dia call anak dia kat asrama utk dapatkan OTP. Dia kata, engkau gila ke, sekarang waktu dia tengah belajar. Kita pun kata, tak apa, esok saya datang semula bila dia dah dapat OTP. Sebab apa kita sanggup datang semula, sebab kita buat sungguh2 nak majukan bisnes kita.

Esok kita nak datang semula, dia kata hari ni tak sempat, pasal ada hal lain. Kita kata, lusa kita datang lagi.

Lusa, kita pun datang, baik nasib OTP dah dapat. Kita pun suruh dia login, akhirnya dapat masuk ke app. Tup tup keluar gambar QR Code empat segi gedabak dimuka depan, dia pun tanya, utk apa menatang ni, soalan pertama, kita terus pening kepala tak dapat jawab, yg boleh jawab, abaikan je yg ini. Dia pun tanya, apa faedahnya letak kat sini kalau utk diabaikan. Dush! Pun kita tak tahu nak jawab.

Kita pun dengan muka sepusen nya terus suruh dia klik dekat registration, kita pun ambil masa 3 jam nak terangkan apa itu register, apa itu HIWOW, apa itu Lite Upgrade, apa itu Tonewow MNP Submission, apa itu Check MNP Status. Ber iya-iya kita menerangkan serupa bertih goreng, tunjuk yg kita tahu semuanya sebab nak cover kantoi tak tahu tujuan QR code tadi.

Lepas tu kita pun terangkan macamana nak buat MNP. Lepas itu kita pun terangkan cara2 nak buat MNP. Lepas itu kita pun terangkan cara2 nak jawab SMS reply. Lepas tu kita terangkan semua jenis reject code dari SP10 sampai SP72. Lepas tu kita ajar dia cara2 nak report dekat SKMM kalau MNP gagal. Lepas tu kita pun ambil masa 2 jam lagi nak terangkan apa itu wowlet dan apa itu wowcher. Akhirnya habis kita terangkan semuanya. Berpeluh ketiak kita dan dia.

Abang tu pun tanya, tonewow ni ada berapa jenis simkad. Kita pun jawab, banyak simkad. Ada simkad lite bernombor (RM10), lite MNP (RM10), Push Bernombor (RM25), Push MNP (RM25), Biz Bernombor (RM100), Biz MNP (RM100), Hiwow Bernombor (RM10), Hiwow MNP (RM10), Replacement (RM10), Special MNP (RM10), VVIP Number (RM2,400).

Lepas tu kita tanya dia, abang nak beli yang mana satu?

Abang tu kata, nanti saya fikirkan dulu.

Kita pun tanya dia lagi, abang faham tak? Dia pun jawab faham. Kalau tak faham nanti abang call saya ya, saya akan terangkan lagi. Kita pun balik mengharapkan dia berkembang maju.

Cuma kita tak tahu, bila kita tak ada, dia sembang dengan bini dia, “HAWOW punya bisnes, saya ingatkan senang, menyesal saya daftar tonewow ni, saya nak daftarkan awak pun macam ni punya susah, mengalahkan daftar nikah kita dulu. Baik saya cuba buat bisnes lain, baik saya cuba buat onexox ke, buat hello telco ke, buat ctjoy ke, buat bitcoin ke, main forex ke”

Kita pun menunggu la dia berkembang, tau2 jumpa dalam facebook dia dah promote hello telco. Kita pun melenting kata yang dia ni tak kenang budi la, dulu simkad mnp pun kita bagi free. Sekarang dah buat bisnes lain pulak.

Sebab itu sekarang, saya suruh anda daftar menggunakan DEC, selesai semua masalah tu. Kalau abang nak daftarkan isteri abang, hantar je wasap ke no DEC 01159075555, hantarkan gambar ic, gambar belakang simkad, no.akaun isteri dan no. IDP abang. Lepas hantar tunggu 15 minit, DEC reply simkad dah boleh digunakan. Selesai.

Tujuan DEC semata-mata untuk memudahkan anda nak buat pendaftaran. Kalau mudah buat pendaftaran, pendaftaran akan naik, kalau pendaftaran naik, maka komisyen anda juga akan naik.

Bagi saya HQ hanya menyediakan peluang dan beberapa kemudahan, tapi mereka tak buat bisnes ini, kita yang buat bisnes ini. Jadi naik atau turun bisnes ini bergantung kepada diri kita sendiri. Kalau kita sendiri MENYUSAHKAN bisnes ini, maka hasilnya akan sedikit atau menurun. Kalau kita MEMUDAHKAN bisnes kita sendiri, hasilnya komisyen kita akan meningkat. Bukan salah HQ, salah diri sendiri.

Ada jugak yg kata, En. Mazelan tu suruh orang register kat DEC tu pasal dia nak dapat untung la. Saya hanya boleh senyum ajelah. Nak kata apa. Mulut orang punya, bukan kita punya.

Jangan lupa saya mula2 buat DEC pada tahun 2011 lagi, dan ketika itu memang tak ada apa2 upah pun. Setahun setengah saya bayar gaji DEC guna duit saya sendiri. Saya buat semata2 nak naikkan pendaftaran. DEC dahulu berkhidmat pada semua rangkaian tak kira dari group mana sekali pun. Bila HQ lihat keberkesanan DEC, pendaftaran naik meroket, barulah HQ beri upah pada saya, satu pendaftaran RM2. Saya tak pernah mintak pun. Saya ucapkan terima kasih kpd HQ. Lama2 bila ramai tengok saya dapat upah buat pendaftaran, ada yg merenung tajam, tak lama lepas tu masing2 buat DEC sendiri, kerana nak dapat upah tersebut. Maka bercambahlah DEC yg ditubuhkan macam cendawan tumbuh lepas hujan. Saya pun tumpang gembira, asalkan pendaftaran naik. Tapi sekarang ini, upah RM2 dah tak ada lagi, kalau tak salah sudah digantikan dengan upah RM1 bukan dalam bentuk duit, tapi dalam bentuk kredit telefon. Saya pun tak tahu, patutlah kredit wowlet saya beribu2 dalam tu. Saya boleh guna utk topup aje lah. Gaji DEC tetap keluar dari poket saya sendiri. Cuma dah ramai tak mau buat DEC lagi. Hujan tak turun, cendawan tak tumbuh la.

Kes kedua, kita pun berusaha promote pada member kamcing kita utk gunakan simkad tonewow ini. Dia kata, aku malas la nak guna simkad2 lain lagi. Kita pun pantas seperti kilat berkata, tak apa, boleh kekal nombor lama la. Kawan kita tadi pun mengalah dan berikan satu simkad utk kita kekal nombor lama dia. Kita pun ambil IC dia, kita terus buka mywow, apply kan kekal nombor lama dia. Tengok2 confirmation SMS sampai kat dia tengah malam, dia pun tak sempat nak reply YES. Esok kita telefon, dia kata tak sempat nak reply yes. Kita pun kata, tak apa, tak apa, nanti saya applykan semula. Tengok2 semalam IC dia lupa nak save dalam hp, no SN dan PUK pun lupa nak salin. Kena pergi jumpa dia semula, nak apply semula MNP. Akhirnya selepas seminggu bantu dia, lepas jugak MNP dia. Selepas sebulan, tengok2 dia tak topup pun simkad tadi. Rupa2nya, dia tak bagi simkad utama dia, dia dah selesa dengan line maxis dia, tapi pasal kawan datang merayu2 suruh join, dia bagi jugak lah simkad utk MNP, tapi bukan simkad utama, dia bagi simkad kedua atau ketiga dia…

Kita buat separuh mati, usaha begita keras untuk menjual simkad lite (RM10) samada bernombor atau MNP, kedua2nya apabila kita daftarkan, kita tidak akan dapat apa2, sebab didalamnya tiada kredit. Tunggu orang topup baru dapat fast track dengan komisyen topup. Tengok2 orang tak topup pun. Tinggal penat je.

MNP ni pulak, agak2 sebulan berapa simkad MNP anda boleh jual. Saya rasa, anda orang lama sekali pun, sebulan paling2 tingi boleh jual 4 keping je. Apatah lagi orang baru, sebulan sekeping pun payah. Kalau dah macam tu punya payah, sebulan boleh jual MNP ni 4 keping je, bila masa komisyen anda nak naik?

Satu lagi, ramai yang beli simkad lite (RM10) daripada HQ dengan harga samada RM7 atau RM9. Balik, terus mendaftarkan orang baru, dan kebiasaannya mereka akan bagi free. Baru nak jalankan bisnes, awal2 lagi mereka dah rugi. Bila simkad didaftarkan, tiada fast track, tiada komisyen topup.

Simkad push bernombor pulak, pertama kita tak akan bagi free. Kita jual. Bila kita jual kita akan dapat untung runcit lebih kurang RM5. Bila kita daftarkan sahaja, sebab bernombor, mesti boleh terus daftar kan, mudah, terus kita dapat fast track RM4. Lepas tu, dalam simkad tu dah ada pakej bernilai RM10.20, terus dikira topup level pertama, kalau komisyen kita 6%, terus dapat 60 sen. Kalau mereka topup pulak, minima RM10 pada bila2 masa sekali pun, kita akan dapat tambahan fast track RM4 lagi, dan komisyen topup sebanyak 60 sen lagi. Dah berapa ringgit tu. 5.00 + 4.00 + 0.60 + 4.00 + 0.60 dah RM14.20. Itu Baru sekeping simkad push bernombor tu terjual. Dan pengguna pulak dapat simkad terus boleh pakai, sebab dalamnya sudah ada 1Gb data dan 110 minit masa memanggil.

Salah satu sebab mengapa simkad RM10 ni banyak expired, kerana bila kita daftarkan orang baru dengan simkad lite, simkad tu tak boleh guna lagi, orang kena topup dulu baru boleh guna. Ramai yg fikir expired pasal kita bagi free, jadi mereka tak hargai. Sapa kata barang free orang tak hargai, cuba kita bagi mereka free kereta baru sebijik, agak2 orang hargai tak. Mesti orang hargai, walau pun free. Tapi cuba kita bagi kereta, tapi kereta tu, tayar tak ada, stering tak ada, seat pun tak ada, kereta tak boleh nak pakai, agak2 orang hargai tak, confirm kena maki bagi barang tak boleh pakai pada mereka. Itulah punca kenapa simkad Lite ni banyak sangat expired.

Terima kasih ToneGroup kerana menyediakan restoran yang menyediakan makan tengah hari. Maka dapat jugak kita makan tengahari. Kita sebagai pelanggan hanya datang dan pilih apa yang kita nak makan sahaja, walau pun terdapat banyak pilihan lauk pauk yang dijual, namun jangan tamak nak makan semua jenis lauk yang ada, takut muntak kat situ jugak.

Terima kasih Tonewow kerana menyediakan bisnes ini. Maka dapat jugak kita cari rezeki. Walaupun HQ menyediakan berbagai jenis simkad, berbagai jenis kemudahan seperti app, dll tapi kita sebagai agen kena pilih simkad apa yang kita nak jual. Jangan tamak nak jual semua jenis simkad, takut satu pun tak laku nanti.

Kesimpulan daripada semua pengalaman tersebut dan data yang ada, memang CONFIRM selama ini saya sendiri yang menyusahkan bisnes saya sendiri. Ini menyebabkan saya mengambil langkah drastik. Mana-mana cara yg akan memudahkan bisnes saya ini.

1. Saya akan jual satu jenis simkad sahaja. Kalau saya sebut Simkad Tonewow, maknanya simkad saya adalah yang bernombor dan berharga RM25. MUDAH untuk pelanggan dan tidak mengelirukan mereka. Saya nak berhenti sebut simkad PUSH la, simkad Lite la, simkad Biz la, semua tu saya nak STOP bercakap mengenainya. Kalau orang tanya saya, simkad ni ada yg berharga RM10 ke, ada orang cakap harganya RM10? Saya akan jawab TAK TAHU aje, kena tanya orang tu aje lah. Saya hanya tahu yg simkad tonewow saya berharga RM25. Masa akan datang kalau naik harga, saya akan sebut harga baru pulak.

2. Saya tak mahu promote MNP lagi dah, sebab susah ia MENYUSAHKAN pelanggan dan menyusahkan saya juga. Bila orang tanya saya simkad ni boleh kekal nombor lama ke, saya jawab TAK BOLEH. itu saje.

3. Saya tak mahu sentuh mywow lagi. Kerana ia MENYUSAHKAN pendaftaran kepada agen baru. Kita nak mengajar mereka pun SUSAH.

4. Pendaftaran saya hanya guna DEC sahaja, kerana ia CEPAT dan MUDAH utk saya daftarkan orang baru. Agen baru nak belajar pun MUDAH. 2 minit belajar dah faham dan boleh buat sendiri.

Saya hanya mencuba buka pintu rumah dengan kunci yang berbeza-beza. Bila kunci yang betul telah dijumpai, saya sudah tidak perlu mencuba kunci yang lain. Satu kunci itu sudah mencukupi untuk saya menduduki rumah tersebut seumur hidup.

Saya hanya pengarang CERPEN yang sedang mencari kunci rumah ku.

Yang berminat dengan simkad TONE WOW klik sini

Please follow and like us:

No Comments

Leave a Reply

Social Share Buttons and Icons powered by Ultimatelysocial