Sifu

Beberapa fakta anda perlu tahu tentang masalah Coverage

January 18, 2021

1. Dalam apa saja bisnes, pasti ada kekangannya. Kekangan ini kita tidak boleh hilangkan, yang boleh hanya kurangkan saja. Kekangan dalam bisnes telco adalah expiry dan coverage. Untuk hilangkan adalah mustahil, jika nak kurangkan masalah coverage ada 3:

• Pandukan setting APN

• Report masalah liputan pada digi

• Paling mudah, cari prospek yang tempatnya ada line Digi! Simple.

2. Jika ada user atau dealer yang sibuk complaint atau hentam anda dengan masalah line walaupun sudah buat ketiga cara tersebut, tak perlulah paksa dia pakai Tonewow. Suruh keluar saja. Hidup kita lebih tenang..

3. Jika anda buat bisnes ni sebab nampak peluang utk bina pasif income, ketahuilah market kita ada 40 juta, kita tak mati kelaparan pun jika mereka yg ada masalah coverage nak keluar. Biarlah mereka cari simkad yg coverage ok di kawasannya.

4 Jarang kita jumpa orang yang tetap nak buat duit dalam bisnes ini tanpa peduli coverage-nya ada atau tiada di kawasannya.

5. Jika kita jumpa, orang itu tersangatlah rare dan mereka ini faham duit lebih penting dari liputan. Boleh saja guna wifi atau guna simkad lain tapi buat duit dari Tonewow. Orang yang berfikiran jauh dan licik saja buat cara ini.

6. Dulu zaman saya jual simkad TE, coverage celcom tau. Saya ulang, coverage CELCOM. Di rumah saya lansung tak ada liputan celcom. Duduk atas ada sipi2 hujung nafas saja, duduk bawah memang meninggal terus line nya. Tapi saya buat saja sebab saya pandang pada peluang buat duit pasif tu, bukan masalah coverage.

7. Dan jika kita lihat, mostly orang tetap buat bisnes walaupun ada masalah line memang dia berjaya buat duit dengan banyak. Kita lihat rakan kita Sazren Ghani, Syed Fadhil, Naim Tone Wow, dll, mereka ini ada masalah line di rumah (saya sendiri pergi rumah mereka memang teruk), hingga terpaksa guna wifi @ guna simkad lain. Tapi hasilnya mereka buat duit puluhan ribu malah ratusan ribu sebulan pun ada. Sebab yang problem line ini adalah di kawasan mereka. Orang yang guna simkad ni bukan ada di kawasan mereka saja kan?

8. Tapi nak jumpa orang nampak peluang seperti ini jarang sekali. Yang kita selalu akan jumpa adalah orang yang taknak buat bisnes sebab masalah line. Jadi jawapannya tak perlu bagi dia buat. Anda akan menambahkan serabut kepala untuk mengadap masalah yang kita sendiri pun tak boleh nak selesaikan sampai bila2.

9. Ingat, kita hanya penjual simkad, bukan pemanjat pencawang digi.

10. Jumpa orang ada complaint masalah line, Tak payah pening2, suruh dia keluar saja. Kita tak jatuh miskin pun bila dia taknak buat.

11. Bisnes kita market ada 40 juta. Tak payah kaut 40 juta, 4 juta pun tak perlu, 400 ribu pun masih banyak. Dapat 400 orang yang aktif saja pun kita sudah boleh jana puluhan ribu income bulanan!400 orang tu carilah yg cun2 coverage digi kawasan dia.

Kenapa kita nak pening pergi bergaduh dengan orang yg ada masalah line.

Hafidz Arif,

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

Social Share Buttons and Icons powered by Ultimatelysocial