Sifu

Bagaimana kita nak mudah menjual?

March 6, 2021

Jadilah orang yang PAKAR

1. Jika kita sakit, kita akan pergi klinik dan rujuk doktor.

2. Kebiasaannya apa saja dia nasihat dan rekemen kita akan ikut tanpa banyak songeh.

3. Bila membayar kos ubat pun kita akan bayar saja tanpa persoalkan.

4. Kerana apa? Kerana kita tahu dia adalah pakar dalam bidangnya.

5. Kita akan ikut, kita mudah membeli darinya kerana kita tahu dia adalah pakar.Kita percaya dan selesa

6. Begitu juga kita. Untuk mudah menjual, jadilah pakar dalam bidang kita dahulu.

7. Jual tudung, jadilah pakar tudung. Jual produk kecantikan, jadilah pakar kecantikan. Jual simkad, maka jadilah pakar segala hal simkad. Nak ajak orang berbisnes, jadilah pakar dalam bisnes. Dan lain-lain – isi sendiri.

8. Jangan asyik menekan-nekan menjual sebelum kita memberi sesuatu yang mereka suka dan percaya dahulu.

P/s: Jadilah Pakar sebelum menjual.

Dapat sesuatu? klik sini https://tonewowexcel.my/1383128

Hafidz Arif

You Might Also Like

No Comments

Leave a Reply

Social Share Buttons and Icons powered by Ultimatelysocial